Category Archives: Greetings

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir Batin.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa AMCO ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada keseluruh ahli AMCO tak kira di mana mereka
berada.

Hari Raya merupakan suatu hari menandakan kemenangan kita dalam usaha kita
mengawal nafsu serta mengikuti perintah Tuhan dengan patuhnya. Ia juga suatu
perayaan di mana kita saling bermaafan di kalangan kita disamping menyemarakkan
rasa persaudaraan dan persahabatan di antaara kita semua. Kami berharap dengan
sambutan Hari Raya ini dapat merapatkan lagi persefahaman dan kerja sama di kalangan
ahli-ahli AMCO khasnya.

Sejak kebelakangan ini kita sering di gemparkan dengan tragedi-tragedi yang menyayat
hati. Jadikanlah ianya suatu iktibar dalam kita menjalankan kerja kita seharian. Kita
perlu lebih cermat dan berhati-hati agar sebarang musibah dapat di elakkan. AMCO juga
yakin bahawa semua ahlinya adalah pekerja cemerlang yang sentiasa giat berusaha untuk
diri dan Maybank.

AMCO juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua yang memandu dan menunggang pulang ke kampung halaman agar berhati-hati, menumpukan focus serta
berhenti berehat apabila terasa letih. Ingat bahawa keluarga menanti kita untuk berhari
raya dan bergembira.

Salam Aidil Fitri

Zainurin ZA
AMCO